Sunday, November 13, 2011

12/11/2011


terasa baru semalam aku kanak kecil itu!



puteri istimewa permata hati,
dihari lahirmu ibu ayah meneliti,
rupanya 21 tahun usiamu kini,
sekelip mata masa berlalu pergi.

rasanya baru kelmarin dikau lahir,
menyeri hidup menyinar harapan,
purnama berganti tahun bergilir,
kini 21 tahun melakar kenangan.

aduhai puteri belahan jiwa,
sekian purnama meniti usia,
mengutip ilmu jauh di sana,
ibu ayah berdoa setiap ketika.

hiburkan hatimu wahai anakanda,
syukur segalanya pada Yang Esa,
limpahan kurnia Empunya semesta,
pelihara dan hargai sementara ada.

pelukan ibu ayah untukmu yang jauh,
hangat kasih ibu ayah tempat kau berpaut,
dirimu semakin mekar meranum,
mewangi segar semakin harum.

doa kami bagai embun,
menyegar hidupmu tiada nanti,
semoga dirimu sentiasa diampun,
diberkati dilindungi dan dirahmati.

-love ibu ayah-

12.40 am, 
12/11/2011


kematangan itu apabila kita mampu belajar dengan keadaan sekeliling.
berfikir. dan mentafsir.

doakan aku mendapat kematangan itu!

1 comment:

farah said...

bibs happy belated, lupa ko awal setahun,hehe

aku percaya, kematangan tu satu pilihan. Allah ma3ak :)