Tuesday, November 22, 2011

Hang Out UK-Ireland 3

pada mulanya. beberapa bulan sebelum cuti, aku memang dah set, tanak pegi mana mana. nak cuba rasa duduk di Irbid. tiba tiba ada suara yang ajak untuk round Uk. bagai pucuk ulam di cita. tambah2 bila dapat green light boleh join sekali Summer Camp atau Jalinan Ukhuwah Musim Panas, JUMP anjuran Isma Eropah kat sana.

Day 7 - JUMP's 1st Day!


 JUMP, di buat di Connermara Ireland. tapi kami semua berkumpul di Dublin dan bertolak menaiki bas.


oh sebelum apa2. mari perkenalkan, watak utama dalam siri Jaulah ni, Adik - Uswah 


 watak utama yang kedua - Kakak - Safiyyah


 perjalanan memakan masa lebih kurang 4-5 jam. bila dah nak sampai. memang tak lena tidur. bukan sebab dah muak, tapi sebab pemandangan yang sangat mengangakan-mulut. serius!  


 mana nak dapat pemandangan kambing biri2 comel macam ni berkeliaran kat merata2 tempat? kat jordan ada jugak kambing. tapi warna sah sah la lain kan ;P


seeee? dah kata dah scenery dia mengangakan-mulut!


siap ada rumah kat situ. nak jadi anak angkat boleh? nak duduk sekali T__T

dah sampai! :) beratur untuk check barang2 wajibat.

 basically, tade lah camp sangat. kitorang tidur dekat dalam hostel. sedap la. satu bilik 5/6 orang. siap ada selimut tebal. :) sangat selesa la~

dan rupanya campsite ni sebenarnya satu rumah. (yang sangat besar la kan siap boleh buat hostel2 neh) disebabkan rumah ni jarang guna. so diorang hias2 dan sewa untuk orang buat program. sangat comel rumah ni :)


hehe. comel kan?


 hari pertama takde aktiviti berat sangat. cuma kena kawat (yang dah bertahun2 tinggal. hentak kaki kanan ke kiri ke semua dah lupa -___-') dan kena masak sendiri pakai mess tin dan lilin. ya Allah last kali guna macam 4 tahun yang lepas kot, camping sekolah Hira' Shah Alam time form 3 dulu. fuhh nostalgia pulak tiba2.


oklaa berhenti dulu. sambung study oral patho.

next cuti - bulan 12 ni. ohh tak sabarnya!

4 comments:

Unknown said...

memang mengangakan mulut. slek tangkap dari dalam bas.

kalau berenti tu,peh.

humaira said...

subhallah, indahnya ciptaanNya...



saya tgk dlm pic pun dah ternganga...

penconteng.crayOn said...

"tiba tiba ada suara yang ajak untuk round Uk"

ada suara yang ajak round turki dulu kottt pastu tibe2 terpegi uk kan :P

-org yg kne tggal irbid sorg2 T_T-

Labibah Mahdzir said...

kak huda : alaa kak hudaa mntk maaf! T___T bukan ke turki time tu tak safe? ehehe. bila nak jalan sesama? jom jom :)