Monday, April 16, 2012

Bumi Hira'

aku antara orang yang banyak kali tukar sekolah. macam2 jenis sekolah aku penah rasa. seronok. cuma sekolah maktab tentera ja aku tak masuk. sebab tak layak ehe.


tapi sekolah yang pertama mendidik aku, dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. sekolah itu, sampai ke hari ini aku takkan pernah lupa. 


Bumi Hira'.


kat Hira' lah aku mampu bangun sangat awal. kami tak dikejutkan dengan siren. kami dikejutkan dengan bacaan Al-quran. kebetulan dorm pertama aku time form 1 dulu memang dekat sangat dengan bilik warden, so bacaan Al-Quran tu bila start2 pasang, memang menggegarkan dorm aku. kadang2 bukan bangun sebab bacaan Al-Quran tu, tapi sebab terkejut kuat sangat. ok teruk nya aku T__T


setiap hari, seronok. baca ma'thurat sama2. selalunya ma'thurat pagi, orang selalu tertidur. jadi pihak badar sangat bijak. waktu bacaan ma'thurat dimulakan, semua orang kena berdiri. sampai la pada bacaan tertentu, baru boleh duduk. siapa yang rasa dia bakal gagal kalau duduk, kena terus berdiri. aku, antara orang yang yakin diri mampu terus berjaga tapi sedar2 terjaga bila dah nak baca doa T___T


pernah sekali aku terlewat keluar dari dorm. nama kena amek. lepas subuh, nama aku dan yang lain2 di panggil keluar. kami kena baca ma'thurat di dataran yang berhadapan dengan musolla. dan musolla kami TAK BERDINDING. so basically semua orang nampak siapa yang kena denda tu. T__T tapi macam biasa lah. aku tak rasa pun bersalah. malah aku enjoy dapat baca kat luar. berjaya habiskan ma'thurat tanpa tersengguk!


bila time perhimpunan, macam sekolah sekolah lain. akan ada pemeriksaan pakaian bila nak masuk kelas. dulu aku tak reti jahit lencana. jadi aku jarumkan ja pada hujung lencana. bila habis check. aku cabut balik. pernah sekali, aku kantoi tengah2 kelas. "mana pergi lencana?!" "saja tak jahit, senang sikit nak tukar sekolah nanti." tapi bila teringat balik, sinis. lencana sekolah itu lah yang aku banggakan, biarpun aku dah berkali2 tukar sekolah.


terlepas subuh berjemaah di musolla macam kesalahan paling berat dan sangat teruk time tu! sirius. rasa macam kena tembak2 bila orang kata, "tak nampak pun awak subuh tadi" macam kena hiris2 hati aku. esoknya serius bangun paling awal sekali. tapi 2 3 hari lepas tu terbabas jugak lagi. ehe. biasa lah. manusia hakikatnya pelupa.


tapi hakikatnya. keadaan di luar sangat berbeza. dan aku sangat kejutan budaya. macam2 perkara pelik berlaku di sekolah2 baru aku. kes khalwat dalam stor. aku sampai sekarang tak percaya. dalam stor? eeiuuwww. 


kalau di Hira' dulu sangat ditekankan subuh berjemaah di musolla. di sekolah2 baru, kau bangun subuh pun dah cukup mulia dah. bila cakap dengan lain jantina dulu aku memang pandang lantai je. yelah muda2 kan suka over-react ni. tapi di sekolah2 baru kami di susun dalam sistem study group yang basically campur lelaki perempuan. payah lah kan kalau study 24 jam dengan mereka kalau nak pandang lantai je? ehe.




dulu aku sangka ancaman Islam hanyalah yahudi, kafir, dan sebagainya. kini aku tahu, cabaran kita adalah umat Islam juga sebenarnya.


hidup takkan selamanya ideal dan selesa. selesa itu, hanya untuk melatih kita. medan pertempuran kita sebenarnya adalah di luar sana. bersama masyarakat. 


aku sangat rindu kehidupan yang sangat indah saat di Hira' dahulu. saat aku menikmati Islam yang sebenarnya. dan itu menjadi salah satu azam aku sekarang.


mahu semua orang merasai kemanisan yang aku rasai.




:)




p/s : puji Hira' tak bermakna aku kutuk sekolah2 lain. serius sayang semua sekolah2 aku. SMKseksyen18.sambbst.mrsmalorgajah. kat situ, macam2 aku belajar. macam2 kawan aku ada. macam2 cikgu aku jumpa. dan itu yang menambah manis dan ummphnya hidup aku. :) terima kasih semua!




tak sabar nak cerita pasal sekolah lain pulak lepas ni >__<

2 comments:

Unknown said...

sayang hira'..rindu korang (:

Labibah Mahdzir said...

rindu huda jugak T__T