Sunday, May 6, 2012

bangkit dari lena



malam itu kami bertolak dari irbid lebih kurang pukul 9.15 malam. aku sedikit resah kerana agak terlewat. seharusnya kami tiba di lapangan terbang pada jam 11 malam. tapi aku yakin, insyaAllah sempat saja. 


mula perjalanan aku cuba menselesakan diri. kadang2 sembang dengan akhawat yang berada di sebelah kanan aku. zizi di sebelah kiri memang awal awal lagi dah lentok kepala. mengantuk setiap masa!


setelah hampir 45 minit perjalanan, aku terima sms dari ayah. ayah sudah sampai kuwait katanya. aku reply mengatakan kami pun sudah bertolak ke lapangan terbang. ayah lega. takut benar dia kalau kami terlupa atau terlambat.


macam macam ayah pesan. "pastikan pasport zizi ada." "tunggu sampai dia check in selamat semua baru awak balik irbid" "jangan lupa pesan zizi jaga beg semua."


belum sempat aku reply, tiba tiba.


kereta hilang control. kejap ke kanan, kejap ke kiri. aku pandang ke pemandu, tidak, dia tidak tidur. aku keliru, apa yang sebenarnya berlaku?


tiba tiba kereta melanggar divider. terheret. aku tak mampu lagi membuka mata. semuanya sepi.


kereta mula terbalik balik. semakin kuat aku pejamkan mata. kepala mula terasa sakit. mulut terkunci tapi hati berbicara.


"mungkinkah detik ini ajalku tiba?"


kereta mula berhenti dan terhenti dalam kedudukan asal. aku masih tidak berani membuka mata. cuma terkumat kamit kerana kepala aku tersangat sakit ketika itu. kedengaran suara syabab di hadapan.


"semua orang ok ke? ade cedera ke? eh bau minyak? keluar semua keluar! cepat cepat!" 


baru tersentak aku ketika itu. Allah, aku masih bernyawa! aku segera pandang ke kanan dan ke kiri. ahamdulillah semua tidak ada apa2. akhawat di sebelah kanan terus keluar dari kereta. aku ikut di belakangnya.


keluar keluar, terduduk sebentar. terasa kepala sangat sakit dan pening. kelihatan ramai arab yang membantu kami semua. ada yang hulurkan air, yang lain semua mengucapkan, "alhamdulillah 'alassalamah.." -alhamdulillah atas keselematan/kesejahteraan.


tiba tiba teringatkan zizi. terus aku pergi ke arah dia. check kepala. takut takut ada pendarahan. cuma hanya tangan sedikit terluka kerana kaca2 cermin yang pecah dari pelbagai arah.


aku ke pergi ke arah kereta semula. beg dan desy aku masih di dalam bonet kereta. tapi di halang oleh arab2 yang berada di sekeliling. bahaya kerana minyak bocor dari tangki. aku terduduk semula. pening yang teramat.


akhawat yang menemani tadi datang semula. 


"bibot ok?"
"ok. izzah ok? ana pening sangat. sakit."
"ok je. sakit jugak. bibot.."
"ye?"
"jangan nangis tau.."
"tak lah."


saat itu aku bersyukur ada dia. kalau lah aku seorang. pasti tumpah juga air mata.


tiba tiba terima sms dari ayah.


"kami dah masuk flight. take care you both. nanti zizi dah lepas masuk plane, inform kat abang ok."


"ok ayah."


sengaja aku diamkan. takut takut ayah tak jadi pulang ke malaysia. parok jugak nanti.


tak lama selepas itu, kereta polis pun tiba. kami dibawa ke stesen polis berdekatan. selesai urusan saman dan report. kami di ambil oleh ustaz sofee. aku di bawa ke King Abdullah University Hospital untuk pemeriksaan kepala. 


selepas CT scan dan X-ray, dr mengesahkan normal. cuma bengkak sahaja.


lega.


hingga hari ini. aku tak percaya aku masih bernyawa. 


tapi aku bersyukur. Allah beri aku peluang kedua.


alhamdulillah.




labibah,
23/3/2012




p/s : doakan exam final saya bermula esok! :)

6 comments:

emirhasnan said...

Alhamdulillah atas setiap yang berlaku.

Bitaufiq bibot~

beng said...

"Kami di sini berderau dengaq.. Nasib baik semua selamat.." -pakcik & makcik

ain syuhada jamaluddin said...

ya allah bah! ain nk nngis baca part blah atas..tapi bila baca smpai bawah,alhamdulillah lega..
bah jaga diri tau kat sana..=(

Akhyar said...

alhamdulillah sume selamat.

Amr said...

kak amer T_T kita baru tau crita sebenar mcmana. anyway, alhamdullillah 'alassalamah =D

harap awak terus tabahhhh <3

nhuda said...

bersyukur masih dapat tengok bib yang ceria sehingga hari ni, ALHAMDULILLAH :)

btw tahniah, sebab dah cukup kuat untuk cerita semua ni!

dan moga final exam ni dapat dihadapi dengan penuh kuat juga. eh?

all da best bib!