Friday, June 1, 2012

ibu

ibu saya.


kecik molek saja orang nya. pandai masak. seingat saya, tak pernah saya rasa berlapar di rumah melainkan waktu bulan puasa. 


cakap pasal bulan puasa, bila dah nak dekat bulan ramadhan, ibu mesti tanya kami, "haa ade teringin nak makan ape ape tak?" time tuh laa nafsu makan paling dasyat sekali. pizza, makaroni bakar, cendol, sirap bandung, murtabak megi, bubur cha cha semuanya kami listkan. dan untuk setiap satu itu, pasti ibu akan cuba tunaikan. 


masyaAllah, terfikir tak banyaknya pahala ibu ibu kita, memberi sekeluarga makanan berbuka. patut lah orang kata perempuan senang masuk syurga. moga ibu salah seorang darinya ^__^


ibu pandai menjahit. dari cadar, langsir, sarung bantal, lapik meja, sapra, selimut. semua ibu jahit sendiri. sampai ke baju teady bear saya pun, ibu tolong jahitkan. kadang kadang rasa tak layak nak jadi perempuan sebab ibu adalah contoh seorang perempuan yang terlalu perfect. inferior rasa. err, boleh terima tak alasan tu?


dulu waktu kecik, ibu lah orang yang paling saya suka cari gaduh. baju yang ibu lipat, sengaja saya burai buraikan. bila balik dari sekolah, sengaja campak campak stokin. bila ibu balik kerja, buat buat tidor, sebab tanak tolong kemas rumah. teruk betul perangai T__T beruntung betul rasa ibu masih sayangkan saya. sekarang bila semakin lama semakin berusia, ibu kerap menyatakan,


"you are always my little girl"


walaupun saya selalu ketawakan ibu dan mengatakan dengan macho nya saya sudah dewasa dan matang, jauh dalam hati saya mengakui,


"i am proud to be your little girl mom."




selamat hari lahir ibu. 




moga ibu selalu dalam jagaanNya.




gambar tak berkaitan.







setakat ni aku rasa. cuti paling best adalah cuti bersama keluarga.


alhamdulillah.

1 comment:

Unknown said...

"dulu waktu kecik, ibu lah orang yang paling saya suka cari gaduh. baju yang ibu lipat, sengaja saya burai buraikan. bila balik dari sekolah, sengaja campak campak stokin. bila ibu balik kerja, buat buat tidor, sebab tanak tolong kemas rumah."

paling epik menyorok dalam longkang. keh3.

selamat hari lahir ibunya Amirah.