Saturday, December 22, 2012

Sapaan Kematian

22 Disember 2011


genap setahun sudah berlalu.

malam ini akan aku cuba peringati.
setiap detik yang berlaku.

saat tayar mula lari. stereng ke kanan ke kiri.
kereta berpusing seakan mustahil mahu berhenti.
bukit dituruni dengan laju.
aku hanya fikir, sudah tiba kah ajalku?

pabila kereta mula berhenti. 
mata masih terpejam sepi.
diri meyakini, bahawa aku sudah mati.
namun jauh disudut hati,
tidak, aku masih belum bersedia lagi!

detik dan saat itu, takkan aku lupa.
seakan Kau dan aku sedang berbicara.
terasa diberi peluang hidup kali kedua.
 dan aku berjanji akan menghargainya.

sehingga kini aku masih bernyawa.
menikmati segala kurniaNya.
namun masih leka lalai dan alpa.
masih melakukan silap yang sama!

Allah tuhanku, maafkan hamba!

22 Disember 2012