Friday, July 12, 2013

berpura-pura

Ramadhan tiba lagi. 

sedang berjuta-juta manusia bergembira, jauh di satu benua. terdapat sekelompok manusia. pabila Ramadhan tiba, mereka rasa biasa. tidak rasa gembira. tidak pula rasa berduka. sehari-hari mereka jalani benda yang sama. tidak mahu menjadi 'hipokrit' katanya. tidak mahu berpura-pura.

lalu aku katakan pada mereka. mencuba melakukan sesuatu yang baik pada bulan ini bukanlah hipokrit. bahkan ia satu keputusan yang sangat bijak. bijak mengambil peluang yang sememangnya Allah berikan seluas-luas pada hambaNya.

berjinak-jinak melakukan kebaikan pada bulan yang penuh barakah ini mungkin jadi satu titik perubahan dalam hidup seorang hamba. lalu dia mendapat pengampunan dari Tuhannya. dan kita? masih berusaha untuk menjalani hidupan yang sama hanya kerana tidak mahu kelihatan berpura-pura?

oh man, ruginya!

kembali padaNya bukan hipokrit! 

bahkan menidakkan rahmatnya sedang kita jelas memerlukanNya, itu adalah hipokrit!


ok bai.

hihi, kadang-kadang kena jentik sikit hati sendiri. kalau tak 'dia' tak sedar diri. selamat berpuasa. Ramadhan kareem! :)

No comments: