Friday, August 1, 2014

Mercun

Mercun bila di bakar, akan terus meletup. Memberikan persembahan yang terbaik dengan apa yang ada dalam dirinya.


Namun jika dibiarkan terlalu lama.
Tidak dibakar, disimpan begitu sahaja.
Mercun itu akan tamat tempoh.
Letupannya takkan kuat, atau mungkin langsung tidak akan menyala.


Pemuda seperti mercun. Ia mampu menggegarkan dunia dengan semangatnya yang kuat. Mampu membuat semua rasa gerun dengan keberaniannya. Namun, jika semangatnya dikongkong, lama kelamaan ia akan pudar. Masa yang berlalu akan mematikan semangat yang ada.


Dan semangat pemuda itu akan tersia begitu sahaja.


Dan dunia kehilangan satu lagi tenaga pemuda.


Salurkan semangat yang ada. Jangan biar ia tersia. Kerana kita bukan pemuda untuk selamanya.

Pesan buat diriku yang semakin alpa.

No comments: