Thursday, February 4, 2016

Ajal

Tadi jumpa satu patient. Makcik. Bila check nampak lelangit dia macam ada bengkak. Bila xray tengok nampak tulang dia mengembang.

Terus cepat cepat refer ke klinik pakar. Diorang pun buat xray yg lagi jelas n buat biopsy.

Tiba tiba tadi dapat wassap dari pakar tu, dia inform yang patient tu ada malignant cancer. Very aggressive. Maksudnya dalam masa sekejap akan jadi sangat teruk. Even sekarang dalam masa sebulan lebih dah melibatkan bahagian separuh muka.

Allah. Tak tahu nak rasa apa. Tak sangka jugak sebab tengok makcik tu nampak fit n healthy je.

Kadang kadang kita terlalu mengejar sesuatu, kita terlupa hakikatnya kita selalu di kejar dengan ajal kita.


Tapi taklah bermakna tak boleh kejar sesuatu. Kalau dah benda baik, kena lah usaha jugak, kan?





Btw, kalau pusing 360 darjah bukan balik pada tempat sama ka? Kena pusing 180 darjah lah baru arah bertentangan. Kan? ok takde kaitan. :P

No comments: