Monday, March 5, 2012

semalam


bila pandang kembali ke memori lalu.
buat aku tersenyum lama.
kerana aku hari ini.
adalah hasil dari kenangan semalam.



kamu, 
yee kamu.
terima kasih kerana hadir dalam hidupku!

:)

nah hadiah :D

Saturday, March 3, 2012

tarbiyah rufaidah





"ok..faidah nak belaja.." sambil ambil nota statistic aku.
"owh. tp ni kertas acik faidah. ni kertas faidah.." sambil bagi kertas yang dah diconteng2nya.
"alaaa faidah nak yang tu.." 
"ni lecture not acik. nampak ni, sta-tis-tic. faidah mana belajar lagi. faidah belajar la bulat2 dulu.."


lepastu dia buat muka merajok gini. 




mana tah dia belajar. nasib baik memang comel >__<



"ok faidah amek yang ni la.." sambil amek slide aku pulak.
"ni pon acik punya. data presentation. faidah belum belajar lagi. tu belajar bulat kecik bulat besar dulu.."




... kuat merajok sungguh budak nih.



"nah faidah amek kertas acik kinah ni.." -kertas kosong
"tanak.."
"nah amek la yang ni.." bagi lecture note yang dah tak guna pulak.
"ehehe.." terus suka. senyap terus.




rupanya dia nak kertas yang dah printed. die nak highlight2 macam ktorang semua tengah belajar. masyaAllah budak2 memang suka tiru orang dewasa kan?


dengan budak kecik yang tak tau pape pun Qudwah tu penting, apatah lagi kepada manusia yang dewasa dan bijak berfikir. 


ya Allah. jadikan aku contoh yang baik. amin amin!




ok sambung main dengan rufaidah lagi!




rufaidah - "pedah"


Friday, February 24, 2012

ibu





duhai buah hatiku,


bila kerinduan datang bertamu
menitis airmata rindu
terbayang wajah sejernih salju
terdengar suara tertawa merdu

hanya kenangan abadi terkunci
menghangat rasa menceria hati
adakalanya igauan mengundang sepi
permata hatiku beterbangan pergi



-ibu




****


ibu, aku masih disini.
tersenyum nakal penuh bererti.
ke sana ke mari aku berlari.
ketawa menangis tak henti henti.


ibu, aku masih sama.
denganmu aku usik, ku bermanja.
meragam merajuk lumrah biasa.
penuh dengan mimik muka.


ibu, aku tahu kau bersedih
bagai tak rela kami pergi.
senyum sekadar menghiasi sepi.
sedang hati berat menangisi.


tapi ibu yakin dan percayalah.
jauh kita tak bererti lupa.
namamu ku sebut dalam doa.
moga Allah berkatimu sentiasa.


-akak





Saturday, February 18, 2012

Ath-thalj~

hebat pokok ni. 
kat luar ribut salji pon,
still bertahan dan hidup.
dan yang pasti,
sentiasa berzikir padaNya.



tak dapat abc seksyen 2, dapat nganga makan biji biji salji ni pon tak pe. hihihi

Thursday, February 9, 2012

lelah melihat dunia


ku pandang ke kiri, 
ku cari contoh teladan.
apa yang ku lihat 
pertengkaran yang bertahun, 
berzaman.

ku toleh ke kiri,
ku harapkan ketenangan,
tapi pandangan aku di saji 
caci dan maki.

tiada seinci di bumi ini 
yang mampu tenangkan hati,
kiri kanan saling bertelangkah
penuh dengki dan marah.

aku merindukan syurga,
yang di dalamnya hanya suka dan bahagia.
aku impikan bertemu denganNya.
yang pasti menghilangkan segala duka.


UMMAT MEMERLUKAN KITA!


geram.

Sunday, January 22, 2012

anak anak



antara aktiviti fevret budak2 oversea adalah cerita tentang famili mereka di malaysia. biarpun aku dah dengar cerita yang sama 2 3 kali. tapi setiap kali dengar. aku pasti teruja. bukan apa. seronok rasa bila tengok wajah bersinar2 kawan bila mereka bercerita tentang famili mereka.


campak-campak stokin dan kain setiap kali balik sekolah. buat buat tidur time ibu balik dari kerja sebab tanak kemas rumah. mintak ibu buatkan ayat untuk karangan. end up semua ayat ibu yang buat sampai siap satu karangan. hafal sifir dekat ayah dengan lancar sebab dah tulis siap2 dekat tapak tangan. setiap kali buat salah mesti bagi ibu kad. sebab tau ibu mesti terharu! bila masuk rumah. memang niat tanak susun selipar. sebab tau ayah akan tolong susun kan. kikikiki. ok sangat nakal.




dan bila aku terkenang semua itu. tak sangka ibu ayah setabah itu!




tiba tiba sorang kawan timbulkan persoalan,


"ee scarry nye anak2. macam mana agaknya nak didik anak2 dengan cara paling baik?"


senyap.


semua mencari jawapan. 


dan masih lagi mencari.






selamat melangkah ke dunia baru kawan. moga Allah beri kau kekuatan! :)

Saturday, January 21, 2012

pulang ke malaysia



aku masuk ke rumah. makanan terhidang di meja. kedengaran suara ibu di dapur. menyuruh dilah buat ari kopi radix untuk ayah. dilah seperti biase "kejaaappp buuu" ayah masih fokus memotong rumput di kawasan sekeliling rumah. memang itu hobi ayah. tak faham jugak kenape. abang dan zizi macam biase, tengok tv tak benti2. kadang2. tv yang tengok diorang. -__- membazir elektrik betul.


seronoknya. rasa hilang sekejap segala masalah.






Allah, nikmat itu yang aku rindu rindu.


tak dapat rasa betul betul, dapat bayangkan pun jadilah. 


rindunya semua.