Wednesday, March 20, 2013

Random

dulu aku cukup rebel bila orang cakap "tak boleh"
"tak boleh pakai stokin hitam"
esoknya jugak aku pakai warna ikut sesuka hati.
"tak boleh pakai pin dekat tudung sekolah"
pandai aku sorokkan pin tanak bg orang nampak.


tapi lepas dapat sentuhan tarbiyah. aku rasa setiap kali orang kata "tak boleh" jiwa (baca:nafsu) aku meronta ronta. muka tarik masam mencuka, tapi aku still cuba ikut. perit memang perit. yelah, nama pun tarbiyah, ingat semua benda best best je ke?

dan aku cukup suka ketika itu, naqibah aku pernah kata,
"kuasailah minat kita, dan halakan pada kebaikan untuk Islam. besar pahala dia"


sejak itu, aku cukup bahagia dengan minat gambar ku. tak kira pergi mana, camera sentiasa ada dengan aku. 

teringat ibu dulu pernah kata,

"biaq pi la dia nak join apa. asalkan benda baik. dia tengah bersemangat muda, api baru nak membara. jangan nak halang eh. kang kita duk teguq sana, teguq sini. mati terus api semangat dia."

saat itu,
aku bahagia.


kini?


kini aku khuatir, jiwa jiwa yang baru hendak berjinak jinak dengan tarbiyah di luar sana, di tegur berbagai rupa. yang berhemah, alhamdulillah, moga Allah memberkati usahanya. yang sebaliknya? 

ya, tegur itu bermakna. namun sejauh mana kita bertanggungjawab atas teguran kita? apa yang terjadi selepas teguran disampaikan? berubah menjadi baikkah dia? atau sebaliknya? lalu atas tujuan apa teguran itu disampaikan? 

ingatlah, hati manusia yang sedang kita bicarakan. bukan meja kerusi yang tiada jiwa.

moga Allah redha dengan setiap tanduk kita.





p/s: dah lama tak post ber'perenggan'. mohon maaf atas mana-mana pencabulan bahasa, andai ada.

No comments: