Monday, November 14, 2011

Korban


ntah mengapa terasa rindu benar untuk menulis. bila scroll scroll ke bawah, memang dah makin kurang perkataan dekat blog ni. lebih selesa rasanya menyimpan sendiri. tiba2 rasa nak berkongsi hari ini. menaip dalam gigilan sejuk malam. fuhh pasti rindu saat2 begini nanti :)

dulu kecik kecik. ayah selalu sebok. kalau tak silap, ayah dulu terpaksa kerja di perak. sedang kami adik beradik dan ibu menetap di shah alam. boleh di katakan 2 minggu sekali baru jumpa ayah. ehe kalau silap, tolong betul kan ye?

sering juga aku bertanya pada ibu. kenapa ayah selalu tiada. kenapa ayah terlalu sebuk. huh kecik2 kan, selalu emo. tapi sungguh, aku langsung tak dapat terima dengan logik akal aku, kenapa ayah perlu terlalu bersungguh untuk kerja.

setelah bertahun tahun berlalu. jika terkenang kembali zaman dulu. pasti akan bertakung air mata. hebatnya pengorbanan ayah! korban masa bersama anak2. apatah lagi bersama seorang isteri. ibu juga hebat. selalu menjawab persoalan aku. dengan tenang. dengan senyuman. sedang hati ibu, pasti lebih sedih dan sayu.

aduh ibu ayah, maaf kan aku.

21 tahun perlu aku faham semua itu. dan sepanjang itu, ibu ayah telah lama bekorban untuk aku. Allah. 

baru rasa. pentingnya untuk aku berfikir lebih matang. banyak lagi yang perlu aku faham. banyak lagi yang aku baru mahu pelajari. dan aku yakin, jalan ini yang banyak mengajar aku.

biar lambat, biar tersungkur. biar berliku. 

moga-moga ada ganjaran di situ.


Allah, teguhkan aku atas jalanMu. kerana aku mahu jadi bekalan buat ibu bapaku. selamanya.

No comments: