Friday, February 24, 2012

ibu





duhai buah hatiku,


bila kerinduan datang bertamu
menitis airmata rindu
terbayang wajah sejernih salju
terdengar suara tertawa merdu

hanya kenangan abadi terkunci
menghangat rasa menceria hati
adakalanya igauan mengundang sepi
permata hatiku beterbangan pergi



-ibu




****


ibu, aku masih disini.
tersenyum nakal penuh bererti.
ke sana ke mari aku berlari.
ketawa menangis tak henti henti.


ibu, aku masih sama.
denganmu aku usik, ku bermanja.
meragam merajuk lumrah biasa.
penuh dengan mimik muka.


ibu, aku tahu kau bersedih
bagai tak rela kami pergi.
senyum sekadar menghiasi sepi.
sedang hati berat menangisi.


tapi ibu yakin dan percayalah.
jauh kita tak bererti lupa.
namamu ku sebut dalam doa.
moga Allah berkatimu sentiasa.


-akak





3 comments:

ruQ said...

sweetnya :')

mmg k.ame wat ngn mk ck murni ke?

ruQ said...
This comment has been removed by the author.
ALM said...

hehe tak lah. ktorg ade blog famili. ibu post kat situ.